SOALAN LAZIM

H.O.M.E. System merupakan satu platform pemudah cara urusan penempatan pekerjaan dan pendidikan atas talian bagi menghubungkan Pelatih/Peserta dengan Majikan/Syarikat dan Pelajar dengan Institusi Pendidikan.

H.O.M.E. System dimiliki oleh QUWWA GROUP (M) SDN. BHD.

H.O.M.E. System berfungsi sebagai platform pemudah cara atas talian atau dikenali sebagai bank maklumat dimana ia boleh mengeluarkan senarai maklumat Majikan/Syarikat dan Institusi Pendidikan yang menyediakan penempatan bagi kerjaya pekerjaan dan pendidikan bersesuaian dengan kemahiran Pelatih/Peserta. Selain itu, sistem ini juga menjadi rujukan kepada pihak Jabatan/Agensi (kerajaan atau swasta) dalam memberi peluang kerjaya sekaligus mengurangkan penggunaan khidmat buruh asing.

Tidak. H.O.M.E. System merupakan platform “BERTERASKAN KEBAJIKAN” yang bertujuan memberi peluang penempatan kerjaya pekerjaan dan pendidikan kepada Pelatih/Peserta.

  1. Pengurusan penempatan.
  2. Pengurusan kebajikan.
  3. Penilaian suai padan penempatan.
  4. Khidmat latihan dan kemahiran.
  5. Khidmat nasihat dan motivasi.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelatih/Peserta
  3. Majikan/Syarikat
  4. Institusi Pendidikan (Latihan dan Kemahiran)
  5. Jabatan/Agensi (Kerajaan atau Swasta)

Dengan menggunakan H.O.M.E. System, proses penempatan dapat dilaksanakan dengan mudah, jimat, cepat dan tepat dari segi masa dan kos. Selain itu, dengan perjalanan teknologi AI, penempatan Pelatih/Peserta dapat dilakukan dengan lebih tepat berdasarkan ciri-ciri padanan suai padan penempatan dan individu.

Berpandukan dokumentasi yang lengkap dan maksima selama 10 hari bekerja.

Ya. Pendaftaran secara langsung boleh dilakukan di bahagian khidmat pelanggan Syarikat Quwwa Group (M) Sdn. Bhd.

Ya. Platform H.O.M.E System dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Maklumat dan dokumen yang dimuat naik ke dalam sistem adalah sulit dan selamat bagi tujuan pendaftaran. Kami juga memiliki pusat data sendiri yang tidak dikongsi dengan entiti lain.

Hanya Majikan/Syarikat sahaja yang akan dikenakan caj pendaftaran. Bagi Pelatih/Peserta, Institusi Pendidikan dan Jabatan/Agensi (Kerajaan atau Swasta) tidak akan dikenakan sebarang bayaran dan ianya adalah percuma.

Pelatih
  1. Pesalah.
  2. Banduan.
  3. Bekas Banduan.
  4. Orang Dalam Pengawasan.
Peserta
  1. OKU.
  2. Pribumi.
  3. IPTA/IPTS.
  4. Gelandangan.
  5. Warganegara.
  6. Veteran/Pesara.
  7. Komuniti.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun.

Gaji minimum yang ditetapkan kepada Pelatih/Peserta adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Bayaran akan diterima secara terus kepada Pelatih/Peserta.

Majikan/Syarikat berhak membuat potongan kos berdasarkan budi bicara syarikat. Majikan/Syarikat boleh melaporkan terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya atau mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai perhubungan H.O.M.E. System.

Pusat yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  1. Merupakan Institusi Pendidikan Utama dan diiktiraf.
  2. WAJIB menyediakan kemudahan seperti asrama.
  3. WAJIB menyediakan pinjaman pendidikan atau biasiswa(kerajaan/swasta).
  4. Institusi Pendidikan digalakkan untuk memberi kelonggaran kepada pelajar bagi menyelesaikan yuran pendaftaran secara ansuran atau secara percuma.
  5. TIDAK DIBENARKAN memohon sekiranya berstatus perunding atau pihak ketiga.

  1.  Warganegara Malaysia.
  2.  Golongan banduan.
  3.  Bekas banduan.
  4.  Orang dalam pengawasan. 
  5.  Orang Kelainan Upaya (OKU). 
  6.  Pelajar Pribumi (IPTA/IPTS). 
  7.  Gelandangan.
  8.  Pesara Kerajaan. 
  9.  Komuniti rentan. 
  10.  NGO, Yayasan dan B40.

Institusi Pendidikan akan memperoleh maklumat Pelatih/Peserta secara terperinci setelah proses penempatan dibuat.

Ya, kerana di dalam sistem terdapat senarai majikan yang berdaftar daripada pelbagai sektor.

  • Tiada sebarang caj yang dikenakan terhadap pemohon. 
  • Pengangkutan dan dokumentasi diuruskan sepenuhnya oleh sistem.
  • Sistem akan menguruskan penempatan kerja sambilan (Part Time), penempatan latihan industri dan juga penempatan pekerjaan kepada pemohon. 

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  2. Kursus Jangka Masa Pendek.
  3. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
  4. Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah sama ada Program Separuh Masa (Part Time) atau Program Sepenuh Masa (Full Time).

Di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Majikan/Syarikat terbahagi kepada 2 kategori mengikut ketetapan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) iaitu:-
  1. Majikan utama.
    • Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih.
    • Bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan.
    • Bertanggungjawab terhadap semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung.

  2. Majikan langsung.
    • Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih.
    • Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. Ini termasuk seseorang yang telah membuat satu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja sama ada meminjamkan atau menyewakan untuk sementara waktu bagi perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.

  1. Syarikat utama.
  2. TIDAK DIBENARKAN memohon sekiranya berstatus agensi pekerjaan, perunding atau pihak ketiga.
  3. Menyediakan kemudahan asas yang DIUTAMAKAN mengikut Prosedur Operasi Standard Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta H.O.M.E. System.
  4. Bayaran gaji secara terus kepada Pelatih/Peserta dan TIDAK DIBENARKAN mengenakan sebarang potongan gaji tanpa persetujuan Pelatih/Peserta dan kelulusan Kementerian Sumber Manusia serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
  5. Kos pengurusan penempatan DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh Majikan/Syarikat.
  6. WAJIB menyediakan kit kelengkapan asas secara percuma.

Kadar bayaran akan dikenakan kepada Majikan/Syarikat setelah mendapatkan kelulusan penempatan iaitu sebanyak RM25 (bagi setiap Pelatih/Peserta).

Pembayaran yuran sistem boleh dilakukan secara atas talian selepas Majikan/Syarikat bersetuju mengambil Pelatih/Peserta yang tersedia dalam senarai yang diberikan oleh H.O.M.E System. Segala maklumat penuh Pelatih/Peserta yang terpilih akan diberikan selepas pembayaran yuran sistem dilakukan.

Tiada had tempoh pendaftaran yang ditetapkan kepada Majikan/Syarikat.

Pihak Majikan/Syarikat akan memperoleh maklumat Pelatih/Peserta secara terperinci setelah proses penempatan dan bayaran yuran dibuat.

Pelatih/Peserta boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa berwajib atau Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan merujuk pada surat akujanji atau mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai perhubungan H.O.M.E. System.